Thursday, April 24, 2014

Mini Laptop Hijayyah

BismillahirRahmanirRahim


Seringkali anak kecil kita mahu bersama dan meniru perlakuan kita, orang dewasa signifikan dalam hidupnya kan? Kita sering 'bekerja' dengan PC mahukan laptop peribadi, dan mereka menyaksikan dengan amat tajam mata dan hatinya.

Ramai yang mencari-cari alternatif gadjet untuk si kecil, yang masih peringkat 'penerokaan', belum lagi betul-betul mahir untuk menggunakan alatan canggih kita ni dengan baik dan berhemah.

Laptop mainan kanak-kanak ada banyak di pasaran.Yang ni saya pilih khusus untuk 'maid' rakan yang mahukan laptop lebih kecil dari Teacher Laptop Fateh yang besar tu. Sebab nak naik kapal terbang pulang ke Indon, tidak mahu besar-besar berat, katanya ^_^.

Sambil belikan tu, saya beli extra untuk sesiapa juga yang mungkin berminat nanti. Ia sangat comel, anak boleh buka sendiri (Teacher Laptop kita kena tolong bukakan), dan tulisan huruf hijayyah sangat jelas. Macam yang lain juga, sebutannya bunyi macam kartun sedikit. Juga boleh mengeja nama benda untuk permulaan huruf Alif sampai Ya. Biasa anak-anak ni suka tekan-tekan, kan. So peranan kita la nak melayan dan mengatur 'picit2' dia tu kepada sesi pembelajaran yang amat singkat, namun amat bermakna.

Contoh: "Fateh, mana satu huruf Ya?" Biar anak cari. Bila dapat dan betul, pujilah ia guna teknik nabi (beserta impak).

Cth: "Waa ... Betul, makin cekap, lepas ni dapat kenal huruf lagi". 

Buat dalam 3 huruf sahaja pun dah memadai, kerana tempoh masa perhatian kanak-kanak memang amat singkat.

Berminat, boleh PM ya, harga amat berbaloi !

*Oh ya, besar nya sebesar satu tapak tangan orang dewasa (kita), sesuai dengan jari jemari si kecil.

*Biasa memang untuk 3 tahun ke atas, namun boleh aja untuk bayi, dan toddler anda :)

Rupa penuh mini laptop hijayyah
Rupa dari luar
Rupa keypad dan function
Rupa skrin
Rupa kotak dari luar

Video Fateh dengan aktiviti game ringkas ini:




No comments:

Post a Comment