Sunday, April 20, 2014

Punching Bag for Kids

BismillahirRahmanirRahim
Inilah rupa Punching Bag nya
Melepaskan energi dengan menumbuk punching bag adalah satu aktiviti sihat untuk kanak2, terutamanya lelaki (namun perempuan pun sangat boleh, jika sesuai).

Mengapa punching bag? Kerana ia lembut, padat dan jauh lebih selamat dari alat lain (bantal juga adalah Okay, ya). Tiada bunyi bising, dan tenaga dari badan si kecil akan mengalir keluar dengan selamatnya.

Untuk anak kecil usia 5 ke atas, fungsi punching bag macam boxing style (tinju) boleh dipraktikkan. Ibu atau bapa boleh pegangkan bahagian atas punching bag itu manakala anak boleh menumbuknya setelah memasukkan sarung tangan itu. Pastikan pegangan bahagian atas itu kukuh dan kekal (limitkan bergerak). (*Nak tmbah fokus, ajak mereka counting 1-10, then ulang semula 1-10 (untuk latihan fokus dan limit).

Kaedah dua, untuk anak kecil seawal 2 tahun, boleh gantungkan dengan tali di mana2 bahagian rumah, dan si kecil boleh ke punching bag bila-bila masa mereka rasakan perlu, untuk menumbuk (tanpa glove, sebab glove tidak muat untuk mereka). 

Beritahu mereka, bila rasa ada banyak tenaga, atau rasa geram, marah, mari kita tumbuk beg ini. Pastikan tumbukan kena ke bag tergantung ini. Walau ia melantun dan berpusing, pabila terkena kepala si kecil, mereka tidak akan tercedera, malah lebih tahu untuk peka kepada bahaya.

Ingin beli? Harga berbaloi, tidak perlu mencari jauh, punching bag mana yg sesuai ya.. Sebab si kecil Fateh pun dah laksanakan aktiviti sihat ini, hihi.

*Tapi saya dah beli lama dahulu, semasa usia dia 1 thn lebih, sebagai persediaan untuk dia, sebab saya tahu, saya akan menghadapi saat energi dia tinggi dan release dengan badan / tingkahlaku lebih spontan, kerana mereka tidak mampu meluahkan dengan perkataan. Tapi sebab utama saya sorokkan adalah kerana coraknya saya kurang selesa (ikon program TV: Ben 10). Tapi saya perhatikan walaupun kerusi kecilnya juga corak Ben 10, dia tak perasan akan kartun itu, begitu juga punching bag nya itu (buat masa ni la). Alhamdulillah...

*Sekarang otak kanan kuat, dan ekspresikan emosi dirimu berlangsung dlm 1.6-3 thn. Tapi saya baru mula perkenalkan kepada dia baru-baru ini masa dia 2 thn 1 bulan. Nnt saya upload video dia semasa sedang menumbuk hingga lega itu ya.

Saiz bila budak 2thn 2bln pegang
Kadangkala dalam kereta, beg ni jadi penapak lengan semasa menyusu, sebab selesa, padat, lembut... ^_^
Rupa fokus anakanda selepas menumbuk.
Perhatikan dari mana ia berpunca (analytikal skillnya sedang menjalankan fungsi ^_^)
Menumbuk - lepas (tengok bag itu)

Video Fateh menumbuk:



Okay, jika mahu, whatsap ya.

Maklumat:

Corak yang ada        : Angry Bird
Bil. Item Available    : 6 (status dari masa ke semasa di ruangan komen)

No comments:

Post a Comment